Thursday, January 28, 2010

Berfikirlah seperti seorang JUARA!!!

Teringat kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir:

"Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal!"

Ingat lagi tak cerita Mat Jenin??

Si mat Jenin yang selalu berangan-angan bila panjat pokok kelapa. Satu hari, si Mat Jenin ni berangan-angan nak memetik seberapa banyak kelapa yang boleh. Kemudian, dia akan jualkan kelapa tu dan dapat duit. lepas tu, die berangan dengan duit yang ada tu dia akan beli anak benih pokok kelapa dan akan menanamnya dan akhirnya dia akan memiliki sebuah kebun kelapa. Dia kemudiannya akan menjadi tauke dan akan mendapat hasil yang banyak daripada peusahaan kebunnya itu dan akan menjadi seorang yang kaya raya!
Namun, disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari...Mat Jenin tak sedar dia telah berpaut pada daun pelepah kering dan akhirnya jatuh ke tanah!Meninggallah Mat Jenin di tempat kejadian...
...INNALILLAH...
Begitulah kisahnya Mat Jenin yang ditimpa musibah kerana angan-angannya...
Dek kerana cerita Mat Jenin ni, ramai masyarakat kita selalu takut nak berangan-angan kerana takut ditimpa nasib malang seperti Mat Jenin. Setiap kali kita cuba berfikir seperti juara, nanti akan ada orang yang menyampuk, "Alah, janganlah nak jadi Mat Jenin!Akhirnya kita pun 'berpatah balik' dan tidak pernah membayangkan diri sebagai juara.

Baiklah!
Mari kita sama-sama fikirkan mengapa Mat Jenin ditimpa nasib sedemikian?Adakah silapnya kerana dia berangan-angan??
TIDAK!!
Ada dua kesilapan Mat Jenin.Pertama, kerana dia berangan-angan di atas pokok kelapa dan keduanya kerana dia berpaut pada pelepah yang kering.
JADI...
Apa yang penting di sini adalah tidak salah hendah mengelamun. Namun, biarlah kena pada tempat dan masanya.
Mengelamunlah...
Berfikirlah seperti seorang JUARA!!!
Renung-renungkan, selamat berjaya...